Thursday, September 27, 2007

HARUSKAH KERAJAAN MENGHADKAN WAKTU PERNIAGAAN GERAI-GERAI MAKANAN



KEARAH MENCAPAI SEBUAH NEGARA
ISLAMIC,BERWAWASAN DAN KECEMERLANGAN KEHIDUPAN.

HADKAN WAKTU PERNIAGAAN MAKANAN

Kerajaan hari ini memang mengalakkan orang ramai berniaga demi menambahkan pendapatan atau menampung kehidupan yang serba memerlukan dalam kehidupan seharian. Jesteru itu ianya tumbuh bagai cendawan dan ianya mendatangkan hasil kepada kerajaan melalui Pendaftaran Perniagaan dan cukai PBT dalam tempoh untuk 1 tahun.

Rancangan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk memang tidak dapat dinafikan dan ianya memang berkesan namun kesan terhadap niat murni kerajaan telah diabaikan dan akhirnya kerajaan yang dipersalahkan contohnya:

Banjir
Pihak kerajaan dan PBT sentiasa menuding jari sedangkan yang bersalah sebenar adalah peniaga peniaga gerai makanan yang mengendalikan perniagaan sehingga pukul 4 @ 5 pagi.

Sisa-sisa makanan semuanya berada didalam longkang ketika urusan perniagaannya selesai dan ianya berkekalan entah sampai bila kerana kerja-kerja membersih longkang tidak dapat dijalankan pada waktu itu disebabkan pekerja PBT sedang nyenyak tidur. Apabila pekerja PBT memulakan sesi pekerjaan malangnya para pekerja tersebut tidak dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut kerana dihalang oleh deretan kenderaan para pekerja sector kerajaan atau swasta.
Akhirnya Longkang pun tersumbat dan air pun melimpah apatah lagi berlaku hujan lebat maka berlakulah banjir kilat. Penduduk sekitar yang menanggung akibatnya.
Sekiranya kerajaan menghadkan waktu perniagaan tersebut maka ianya mungkin dapat mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk sekitar Bandar dan kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan.

Sosial yang semakin teruk
Kerajaan juga mampu mengatasi masalah social dikalangan generasi muda yang amat-amat meruncingkan. Kerajaan hari ini seolah-olah memberi ruang kepada golongan muda untuk menikmati zaman muda mereka agar dihiasi dengan budaya-budaya yang tidak sihat
Apabila kerajaan menghadkan waktu perniagaan makanan, maka tiada lagi tempat bagi golongan remaja berkumpul dan akhirnya membawa kepada kumpulan-kumpulan yang tidak berfaedah seperti merempit,meragut dan sebagainya. Ini semua memudahkan anggota keselamatan bertugas bagi membenteras jenayah yang lebih besar yang boleh mengugatkan ketenteraman Negara apabila tiada lagi rempit di jalan raya, pergaduhan di kelab-kelab malam dan mungkin juga akan mengurang penjualan bahan-bahan terlarang.

Dapat mengatasi krisis kekurangan/kenaikan harga barangan pengguna
Mampu mengatasi kekurangan bekalan keperluan harian
Kerajaan hari ini terpaksa membendung dan mengawal harga barangan pengguna dan kita sendiri tidak tahu sampai bila kerajaan mampu mempertahankan masalah kenaikan harga barangan penguna dan apa yang pasti bila barangan susah nak dapat maka harga pun akan menjadi tinggi tapi kalau dah berlonggok-longgok tiada terjual maka murahlah harganya – (PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN)
Sedar atau tidak Peniaga telah mengunakan bahan seperti beras,minyak,gula,tepung.telor ayam, ayam, daging dan sebagainya sehingga pukul 4 @ 5 Pagi setiap hari. Tentulah bekalan semakin hari semakin berkurangan memandangkan pengunaannya semakin meningkat.
Penjimatan Petrol dan Elektrik
Pergerakan kenderaan akan berkurangan apabila tiada lagi tempat yang akan dikunjungi oleh pemilik-pemilik kenderaan.
Pemilik-pemilik gerai/warung tidak akan memasang lampu-lampu hiasan warung lagi.
Pencemaran haba kenderaan yang akan membawa kepada kepanasan global dan asap akan berkurangan.
Yang Amat Penting
Modal Insan
Kerajaan telah menekan agar modal insan dititik berat bagi meningkatkan lagi kecekapan insan.
jesteru itu apabila kerajaan menghadkan waktu perniagaan maka masyarakat akan berada dirumah pada waktu yang sesuai untuk melelap mata.
Akan wujud sistem kekeluargaan dikalangan masyarakat negara kita.
Modal insan yg paling utama bagi masyarakat islam adalah bangun awal,sembahyang subuh dan pergi kerja degan rasa segar dan tidak mengantuk...maka kerja pun semuanya betul.
RENUNG-RENUNGKANLAH